BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu menurun ke angka 20, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 82 peratus

dr-noor-hisham-kkm-2-jun.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Malaysia mencatatkan 20 kes positif Covid-19 harian baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,877.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 melibatkan kes import, manakala baki lima adalah kes penularan tempatan iaitu tiga bukan warganegara dan dua lagi adalah warganegara.

Advertisement

Seramai 66 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak enam orang dengan dua daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,877 kes dengan 82.14 peratus telah sembuh bersamaan 6,470 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.46 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,292 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top