BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu lebih 6,000 bukti kerajaan gagal – Pemuda AMANAH Johor

Asim-Abdullah.jpg
Advertisement

LEDANG, 21 MEI : Kes harian baharu yang melebihi angka 6,000 bukti baharu kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah.

Katanya meskipun kerajaan telah melaksanakan Darurat, PKP 2.0 dan PKP 3.0 ia tidak mendatangkan kesan positif.

Ujarnya ketika dihubungi, kegagalan itu berpunca dari kurangnya perhatian pemimpin di dalam kabinet menteri hari ini.

Advertisement

“Kita tengok hanya beberapa menteri sahaja dari 70 orang yang boleh berfungsi manakala yang ramai lain hanya menjadi pemakan gaji buta.

“Inilah yang berlaku bila ketidak prihatinan dari kabinet menteri ini mengundang pelbagai masalah kepada negara termasuklah tindakan atau keputusan yang diambil tanpa ada sebarang perhatian yang khusus.

“Seperti yang kita maklum tahap sosial, pendidikan, ekonomi, kesihatan khususnya, dilihat seperti tidak ada sebarang kajian yang berfokus yang menyebabkan keadaan negara dalam huru hara hari ini,” ujarnya.

Advertisement

Tambah Asim, tindakan kerajaan sebelum ini membuat keputusan secara drastik antara faktor penyumbang pada kegagalan tersebut.

“Kajian khusus boleh diadakan dengan memanggil pandangan dari pakar-pakar dalam negara mahu pun luar negara termasuklah WHO sendiri.

“Hasil dari keputusan dan kajian tersebut bolehlah diguna pakai, bukan hanya mendengar pandangan sebelah pihak iaitu dari pihak mereka sahaja.

Advertisement

“Kita mahu penguatkuasaan yang berkesan agar rakyat kembali hidup dalam keadaan normal serta berjaya dalam menghapuskan wabak Covid-19 yang melanda negara hari ini,” ujarnya lagi.

“Sekiranya kerajaan benar-benar mahu membendung Covid-19, kerajaan perlu melaksanakan PKPD secara bersasar dalam satu tempoh yang mencukupi seperti satu bulan.

“Dalam masa yang sama, kerajaan perlu juga umumkan bantuan terutama B40 yang pendapatan hariannya terjejas akibat PKPD.

Advertisement

“Moratorium juga perlu diumumkan untuk satu bulan untuk memberi keyakinan kepada rakyat agar duduk dirumah tanpa perlu risau ketiadaan pendapatan harian.

“Dalam masa yang sama, program agihan vaksin perlu dilaksanakan secepat mungkin.

“Tangguhkan pemberian dos kedua kepada orang yang sama dalam satu tempoh dan perbanyakkan lebih ramai orang menerima dos pertama sementara menunggu vaksin baru sampai.

Advertisement

“Ini langkah sepatutnya kerajaan ambil untuk tangani COVID-19 secara berkesan,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top