BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu harian 122, kematian terkumpul 105

dr-noor-hisham-covid-19-KKM-3-Mei.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 105 kes.

Dalam pada itu sebanyak 122 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,298 orang.

Daripada 122 kes positif baharu itu, 52 daripadanya adalah kes import manakala kes penularan tempatan adalah sebanyak 70 kes.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 87 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,413 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 27 orang dengan 13 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,298 kes dengan 70.07 peratus telah sembuh bersamaan 4,413 pesakit, manakala 105 kematian bersamaan 1.67 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,780 kes aktif dan masih dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top