BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 94, tiada kematian hari ini, 68 peratus kadar pulih

kadar-pulih.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini kekal 100 kes.

Dalam pada itu sebanyak 94 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,945 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 55 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,087 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 40 orang dengan 18 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,945 kes dengan 68.75 peratus telah sembuh bersamaan 4,087 pesakit, manakala 100 kematian bersamaan 1.68 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,758 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top