BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 88, jumlah kematian terkini 96

dr-noor-hisham-kkm.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 96 kes.

Dalam pada itu sebanyak 88 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,691 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 121 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,663 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 41 orang dengan 18 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,691 kes dengan 64.36 peratus telah sembuh bersamaan 3,663 pesakit, manakala 96 kematian bersamaan 1.69 peratus.

Sementara itu sehingga kini sejumlah 1,932 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top