BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 84, jumlah kematian terkini 89

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 89 kes.

Dalam pada itu sebanyak 84 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,389 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 95 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,197 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 46 orang dengan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,389 kes dengan 59.32 peratus telah sembuh bersamaan 3,197 pesakit, manakala 89 kematian bersamaan 1.65 peratus.

Sementara itu sejumlah 2,103 kes masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top