BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 71, jumlah kematian terkini 95

Dr-Noor-Hisham-Abdullah-KKM.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 95 kes.

Dalam pada itu sebanyak 71 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,603 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 90 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,542 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 42 orang dengan 21 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,,603 kes dengan 63.2 peratus telah sembuh bersamaan 3,542 pesakit, manakala 95 kematian bersamaan 1.70 peratus.

Sementara itu sehingga kini sejumlah 1,966 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top