BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 70, satu kematian, kadar sembuh 76 peratus

dr-noor-hisham.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kepada 109 kes.

Dalam pada itu sebanyak 70 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,726 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 88 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,113 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 20 orang dengan tujuh daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,726 kes dengan 76.02 peratus telah sembuh bersamaan 5,113 pesakit, manakala 109 kematian bersamaan 1.62 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,504 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top