BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 69, satu kematian hari ini

KKM-dr-noor-hisham.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 MEI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 103 kes.

Dalam pada itu sebanyak 69 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,071 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 39 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,210 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 37 orang dengan 14 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,071 kes dengan 69.35 peratus telah sembuh bersamaan 4,210 pesakit, manakala 103 kematian bersamaan 1.70 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,758 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top