BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 68, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 74 peratus

Dr-Noor-Hisham-KKM.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 107 kes.

Dalam pada itu sebanyak 68 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,535 orang.

Daripada 68 kes positif baharu itu, empat daripadanya adalah kes import.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 88 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,864 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 18 orang dengan lapan daripada jumlah tersebut tujuh memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,535 kes dengan 74.43 peratus telah sembuh bersamaan 4,864 pesakit, manakala 107 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,564 kes aktif dengan kebolehjangkitan dan telah diasingkan yang kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top