BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 67, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 75 peratus

dr-noor-hisham-covid-19-kkm-1.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 108 kes.

Dalam pada itu sebanyak 67 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,656 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 96 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,025 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 18 orang dengan enam daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,656 kes dengan 75.50 peratus telah sembuh bersamaan 5,025 pesakit, manakala 108 kematian bersamaan 1.62 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,523 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top