BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 57, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 81 peratus

dr-noor-hisham-kkm-31-mei.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Malaysia mencatatkan 57 kes positif Covid-19 harian baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,819.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, sepuluh kes adalah kes import.

Advertisement

Baki daripada 47 kes penularan tempatan, empat kes melibatkan warganegara Malaysia, masing-masing dikesan di 3 buah negeri (Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka).

Seramai 23 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,353 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak sembilan orang dengan dua daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,819.kes dengan 81.25 peratus telah sembuh bersamaan 6,353 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.47 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,351 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top