KUALA LUMPUR, 21 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 92 kes.
Dalam pada itu sebanyak 57 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,482 orang.
Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 54 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,349 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 43 orang dengan 27 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,482 kes dengan 61.09 peratus telah sembuh bersamaan 3,349 pesakit, manakala 92 kematian bersamaan 1.68 peratus.
Sementara itu sejumlah 2,041 kes masih dirawat.
Johorkini