BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 57, dua kematian hari ini, 69 peratus kadar pulih

dr-noor-hisham-KKM-covid-19.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini kekal 102 kes.

Dalam pada itu sebanyak 57 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,002 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 84 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,171 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 36 orang dengan 14 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,002 kes dengan 69.49 peratus telah sembuh bersamaan 4,171 pesakit, manakala 102 kematian bersamaan 1.70 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,729 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top