BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 55, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 70 peratus

dr-noor-hisham-abdullah-KKM-1.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 105 kes.

Dalam pada itu sebanyak 55 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,353 orang.

Daripada 55 kes positif baharu itu, tujuh daripadanya adalah kes import manakala kes penularan tempatan adalah sebanyak 48 kes.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 71 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,484 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 28 orang dengan 13 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,353 kes dengan 70.6 peratus telah sembuh bersamaan 4,484 pesakit, manakala 105 kematian bersamaan 1.65 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,764 kes aktif dan masih dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top