BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 54, satu kematian hari ini, kadar sembuh 74 peratus

Dr-Noor-Hisham-Abdullah-KKM.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 108 kes.

Dalam pada itu sebanyak 54 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,589 orang.

Daripada 54 kes positif baharu itu, satu daripadanya adalah kes import.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 65 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,929 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 18 orang dengan enam daripada jumlah tersebut tujuh memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,589 kes dengan 74.81 peratus telah sembuh bersamaan 4,929 pesakit, manakala 108 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,552 kes aktif dengan kebolehjangkitan dan telah diasingkan yang kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top