BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 54, kematian kini 88

kkm-dr-noor-hisham-abdullah-1.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 88 kes.

Dalam pada itu sebanyak 54 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,305 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 135 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,102 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 49 orang dengan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 3,102 kes bersamaan dengan 58.5 peratus kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top