BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 51, jumlah kematian terkini 98

dr-noor-hisham-abdullah-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 98 kes.

Dalam pada itu sebanyak 51 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,742 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 99 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,762 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 36 orang dengan 16 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,742 kes dengan 65.52.peratus telah sembuh bersamaan 3,762 pesakit, manakala 98 kematian bersamaan 1.71 peratus.

Sementara itu sehingga kini sejumlah 1,882 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top