BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 50, jumlah kematian terkini 93

dr-noor-hisham-abdullah-KKM-1.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 93 kes.

Dalam pada itu sebanyak 50 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,532 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 103 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,452 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 43 orang dengan 25 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,532 kes dengan 62.40 peratus telah sembuh bersamaan 3,452 pesakit, manakala 93 kematian bersamaan 1.68 peratus.

Sementara itu sehingga kini sejumlah 1,987 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top