BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 45, satu kematian hari ini, kadar sembuh 73 peratus

KKM-Covid-19-Dr-Noor-Hisham-Abdullah.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini sebanyak 107 kes.

Dalam pada itu sebanyak 45 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,428 orang.

Daripada 45 kes positif baharu itu, satu daripadanya adalah kes penularan import.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 135 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,702 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 22 orang dengan sembilan daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,428 kes dengan 73.15 peratus telah sembuh bersamaan 4,702 pesakit, manakala 107 kematian bersamaan 1.66 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,619 kes aktif dengan kebolehjangkitan dan masih dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top