BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 40, jumlah kematian terkini 99

KKM-dr-noor-hisham.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 99 kes.

Dalam pada itu sebanyak 40 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,820 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 95 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,957 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 37 orang dengan 17 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 3,957 kes bersamaan dengan 67.99 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,820 kes dengan 67.99 peratus telah sembuh bersamaan 3,957 pesakit, manakala 99 kematian bersamaan 1.70 peratus.

Advertisement

Sementara itu sehingga kini sejumlah 1,764 kes aktif dan masih dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top