BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 39, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 73 peratus

Dr-Noor-Hisham-Abdullah-KKM.png

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 107 kes.

Dalam pada itu sebanyak 39 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,467 orang.

Daripada 30 kes positif baharu itu, satu daripadanya adalah kes import.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 74 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,776 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 19 orang dengan lapan daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,467 kes dengan 73.85 peratus telah sembuh bersamaan 4,776 pesakit, manakala 107 kematian bersamaan 1.65 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,584 kes aktif dengan kebolehjangkitan dan telah diasingkan yang kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top