KUALA LUMPUR, 1 JUN: Malaysia mencatatkan 38 kes positif Covid-19 harian baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,857.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.
Daripada 38 kes baharu yang dilaporkan, 26 melibatkan kes import. Baki 12 adalah kes penularan tempatan iaitu enam bukan warganegara Malaysia dan enam lagi adalah warganegara Malaysia.
Seramai 51 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,404 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lapan orang dengan dua daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,857 kes dengan 81.51 peratus telah sembuh bersamaan 6,404 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.46 peratus.
Sehingga kini sejumlah 1,338 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini