BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 37, satu kematian hari ini, kadar sembuh 79 peratus

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Kes positif Covid-19 harian di Malaysia pada angka 37 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,303.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini adalah 117.

Daripada 37 kes yang telah dilaporkan, lapan daripadanya adalah kes import dan 29 kes adalah penularan tempatan.

Advertisement

Daripada 29 jumlah kes penularan tempatan ini, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah warganegara Malaysia

Seramai 25 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,635 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lima orang dan tiada yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,303.kes dengan 79.91 peratus telah sembuh bersamaan 6,635 pesakit, manakala 117 kematian bersamaan 1.41 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,551 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top