BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 31, jumlah kematian terkini 100

Dr-Noor-Hisham-Abdullah-KKM.png

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 100 kes.

Dalam pada itu sebanyak 31 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,,851 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 75 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,032 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 36 orang dengan 17 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,851 kes dengan 69 peratus telah sembuh bersamaan 4,032 pesakit, manakala 100 kematian bersamaan 1.71 peratus.

Sementara itu sehingga kini sejumlah 1,719 kes aktif dan masih dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top