BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 30, satu kematian hari ini, kadar sembuh 71 peratus

Covid-19-Dr-Noor-Hisham-Abdullah-KKM.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini sebanyak 106 kes.

Dalam pada itu sebanyak 30 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,383 orang.

Daripada 30 kes positif baharu itu, kesemuanya adalah kes penularan tempatan.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 83 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,567 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 24 orang dengan lapan daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,383 kes dengan 71.55 peratus telah sembuh bersamaan 4,567 pesakit, manakala 106 kematian bersamaan 1.66 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,710 kes aktif dengan kebolehjangkitan dan masih dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top