BM | EN | 中文

Covid-19: Kes baharu 19, tiada kematian, kadar sembuh 80 peratus

dr-noor-hisham-7-jun.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kes positif Covid-19 harian di Malaysia pada angka 19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,322.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 117.

Daripada 19 kes baharu yang dilaporkan enam adalah daripada kes import, manakala 13 kes berlaku dalam penularan tempatan dimana dua adalah bukan warganegara dan baki 11 adalah warganegara.

Advertisement

Seramai 39 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,674 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lima orang dan tiada yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,322 kes dengan 80.20 peratus telah sembuh bersamaan 6,674 pesakit, manakala 117 kematian bersamaan 1.41 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,531 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top