BM | EN | 中文

Covid-19: Kerajaan Selangor adakan saringan bersasar percuma di Sabak Bernam

Covid-19-Saringan-bersasar-percuma-Selangor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

SHAH ALAM, 24 FEB: Program saringan bersasar percuma bagi mengekang penularan Covid-19 akan berlangsung di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam esok.

Insiatif kerajaan Selangor itu akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dengan menyasarkan penduduk dan ahli keluarga pekerja sekitar daerah itu yang melakukan saringan industri.

SelangorKini melaporkan, orang ramai yang berminat boleh mendaftar di http://screening.selangkah.my untuk memastikan proses ujian berjalan lancar.

Advertisement

Pada 20 Januari, kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung penularan wabak.

Kaedah tersebut yang pertama di negara ini sebahagian usaha mengesan lebih banyak kes terutama golongan berisiko tinggi.

Program sama dilaksana di Dewan Seksyen 19 di sini pada 17 Februari, Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Klang pada 18 Februari, Seksyen 7, Shah Alam (20 Februari) dan Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya (21 Februari).

Advertisement

Sebelum ini, program berkenaan turut dilaksanakan di Seksyen 25, Shah Alam dengan hampir 2,000 individu disaring pada 7 dan 8 Januari.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top