BM | EN | 中文

COVID-19: Kerajaan perlu strategi anti pandemik secara epidemiologi, saintifik – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 19 JAN: Kerajaan perlu menerapkan strategi anti-pandemik dari perspektif epidemiologi dan saintifik agar dapat mengawal dan mengurangkan penularan COVID-19 secara berkesan.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, pihak kerajaan perlu mewar-warkan laluan jangkitan dan kes-kes tersebar di sesebuah kawasan tertentu.

“Kami telah sedia maklum bahawa salah satu penyebab utama peningkatan kes Covid-19 ini adalah disebabkan oleh pemindahan virus ke hidung dan mulut melalui permukaan yang telah disentuh oleh pesakit yang menghidap Covid-19.

Advertisement

“Jika kita aplikasikan analisis data daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia secara saintifik untuk merumuskan prosedur operasi Perintah Kawalan Pergerakan dan tahap keterbukaan sektor kerajaan tempatan, sudah semestinya kita akan melawan wabak ini secara efektif.

“Adalah menjadi kewajipan untuk mendidik orang ramai bagaimana kes-kes Covid-19 ini merebak di sesebuah kawasan, sama ada melalui sesebuah perhimpunan tertentu, ketika perbualan, atau melalui permukaan dan sentuhan,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, laluan jangkitan yang jelas harus diumumkan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan kecekapan masyarakat dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Advertisement

Sebagai contoh katanya, kedai telefon bimbit dilarang memberi kebenaran kepada pelanggan membuka kotak untuk mencuba peranti,

Pada contoh lain kata Chong Sin, kedai emas dilarang membernarkan pelanggan menyentuh dan mencuba barang-barang kemas yang dipamerkan.

“Penjaja dikehendaki untuk memakai sarung tangan.

Advertisement

“Sebilangan besar kedai, seperti kedai pakaian dan kedai kain, diberikan kebenaran untuk beroperasi, tetapi pelanggan tidak dibenarkan berada di dalam premis dan sebagainya,” katanya.

Kata Chong Sin, melalui langkah kawalan wabak lebih efektif dari segi pelaksanaan peraturan membolehkan komuniti peniaga mematuhi arahan berdasarkan kefahaman mereka,

“Langkah-langkah ini juga meningkatkan keberkesanan dalam usaha untuk memerangi wabak Covid-19 yang semakin menular saban hari di Malaysia,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top