BM | EN | 中文

Covid-19: Kerajaan negeri tidak tolak kemungkinan pasaran hartanah terkesan

IMG-20200214-WA0037.jpg
Advertisement

KULAI, 14 FEB: Kerajaan negeri tidak menolak sekiranya wabak koronavirus (Covid-19) berterusan sehingga tempoh enam bulan pasaran hartanah di negeri ini akan terkesan.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, meskipun pasaran hartanah tidak aktif seperti saham namun terdapat kemungkinan ia akan terkesan.

“Keadaan ekonomi jelas terkesan khususnya sektor pelancongan. Bagi bidang hartanah kalau Covid-19 berlarutan hingga tempoh enam bulan ianya akan terkesan, khususnya kepada pembeli warga asing.

Advertisement

“Kita akan tubuhkan ‘task force’ bagi melihat gambaran sebenar situasi yang berlaku di Johor. Kita akan pantau jumlah pindah milik hartanah mewah orang asing dan akan lihat selepas bulan Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media Program Info On Wheels di TJ Mart Kulai, hari ini.

Beliau yang juga ADUN Kota Iskandar berkata, Singapura antara negara di mana rakyatnya banyak membeli hartanah di Malaysia yang mana sudah tentu menjejaskan pasaran di negara ini.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan kebimbangan nasib rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sekiranya Covid-19 semakin berlarutan di negara itu.

“Kalau berlaku pemberhentian di sana, sasaran utama tentulah warga Malaysia. Bagaimanapun jika berlaku keadaan itu, kerajaan negeri ada langkah-langkah tertentu untuk tampung jumlah rakyat Malaysia yang kerja di sana,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top