BM | EN | 中文

Covid 19: Kerajaan Johor tangguh Festival Islam dan Halal Antarabangsa 2020

fijo-2020-izhar-ahmad.jpg

Gambar Ehsan FB Darul Ta'zim

Advertisement

KOTA ISKANDAR, 15 MAC: Kerajaan Johor menangguhkan Festival Islam dan Halal Antarabangsa (FIJO) 2020 ekoran penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad berkata, keputusan dibuat selepas kerajaan negeri mengadakan rundingan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan FIJO yang dijangka berlangsung pada penghujung Mac ini kepada 22 hingga 25 Oktober depan.

Advertisement

”Ia dibuat bagi memberi keutamaan kepada kesihatan rakan kongsi, penaja, pempamer dan pelawat akan menyertai festival tersebut,” katanya, lapor laman Facebook Darul Ta’zim.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Ahli Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) di Bilik Gerakan di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.

Mohd Izhar menambah, ekspo perdagangan yang berlandaskan konsep perniagaan dan dakwah itu telah menerima hampir 80 peratus tempahan tapak jualan daripada usahawan dari dalam dan luar negara.

Advertisement

“Secara keseluruhan, sebanyak 400 tapak jualan disediakan pada ekspo yang berlangsung pada tahun ini berbanding hanya 300 tapak pada ekspo tahun lalu.

”Kita sasarkan jumlah jualan lebih RM7 juta pada eskpo kali ini. Kita yakin sasaran itu mampu dicapai bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Johor pada tahun ini,” katanya ,agi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top