BM | EN | 中文

COVID-19: Kerajaan Johor disaran wujud pusat kuarantin setiap daerah untuk pesakit kategori 1 dan 2 – Adun Jementah

Tan-Chen-Choon.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 25 JAN: Kerajaan negeri Johor disaran menubuhkan satu pusat kuarantin Covid-19 untuk setiap daerah bagi menempatkan dan merawat pesakit positif Covid-19 bagi kategori satu dan dua, kata Adun Jementah, Tan Chen Choon.

Katanya, jumlah kes harian COVID-19 semakin meningkat memecah empat angka menyebabkan sistem penjagaan kesihatan negara pada tahap “hampir penat” manakala hospital menghadapi masalah kekurangan katil.

“Surat perkeliling KKM terbaru berkuatkuasa 14 Januari 2021 menetapkan pesakit positif Covid-19 tidak bergejala kategori satu dan dua menjalani rawatan dan kuarantin di rumah masing-masing.

Advertisement

“KKM kini juga hanya melakukan ujian saringan dan pengesahan COVID-19 terhadap individu yang bergejala sahaja dalam kategori satu dan dua.

“Saya amat mengalu-alukan usaha kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (Covid-19 Assessment Centre, CAC) di setiap daerah di negeri Johor.

“Saya difahamkan Pusat CAC ini akan mengklasifikasi tahap pesakit untuk menentukan tindakan seterusnya dalam menguruskan mereka termasuk kelulusan rawatan di rumah.

Advertisement

Adun Jementah, Tan Chen Choon (kiri) menyerahkan sumbangan berupa 5,000 keping pelitup muka kepada Pejabat Kesihatan Segamat, hari ini

“Selain itu, CAC berperanan mengenal pasti pasakit yang sesuai untuk dipantau di rumah termasuk pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk dengan permantauan dan penilaian oleh petugas kesihatan.

“Namun, saya berpendapat usaha ini tidak cukup dan bukan solusi terbaik kerana meningkatkan beban para petugas kesihatan sama ada secara fizikal atau mental,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya petugas kesihatan perlu ke kediaman pesakit positif Covid-19 untuk mendapatkan kelulusan rawatan di rumah yang berlainan untuk memantau dan menilai kesihatan mereka.

Advertisement

Di samping itu katanya, petugas kesihatan juga perlu memastikan mereka yang kuarantin di rumah mematuhi SOP, terutamanya yang menjalani kuarantin di rumah tetapi belum disahkan positif Covid-19.

“Memandangkan situasi semakin teruk dan sistem kesihatan hampir tenat, penubuhan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 adalah solusi terbaik kerana para petugas hanya ditempatkan di tempat yang ditetapkan seperti PKRC MAEPS untuk merawat dan menguruskan pesakit positif Covid-19 kategori satu dan dua.

“Pada masa yang sama, langkah ini juga akan meringankan beban para petugas kesihatan,” ujarnya lagi.

Advertisement

Terdahulu, Tan Chen Choon menyerahkan sumbangan berupa 5,000 keping pelitup muka kepada Pejabat Kesihatan Segamat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top