BM | EN | 中文

Covid-19: Kerajaan Johor digesa buat ujian saringan RTK-Ag besar-besaran

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 6 OGOS: Kerajaan Johor digesa mengadakan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran Antigen Rapid Test (RTK-Ag) di setiap daerah di negeri ini dengan kadar segera.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata dengan ujian RTK-Ag ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dapat mengesan pesakit “silent carier” Covid-19 di komuniti setempat dalam masa yang singkat.

Katanya, pengasingan dan rawatan yang sewajarnya kepada mereka akan dapat memutuskan rantaian penularan virus Covid-19.

Advertisement

“Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah, lebih 90 peratus kes positif Covid-19 di Malaysia tidak bergejala atau hanya mempunyai gejala ringan terutamanya penyebaran atau jangkitan Covid-19 dalam komuniti.

“Walaupun pesakit Covid-19 ini tidak menunjukkan simptom-simptom yang sangat jelas, tetapi mereka yang akan menyebarkan virus tersebut kepada yang lain dalam komuniti sertempat,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dalam beberapa minggu lepas, setiap daerah di Johor telah dilaporkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 secara mendadak dan tidak terkawal. Peningkatan ini telah membimbangkan masyarakat setempat.

Advertisement

Dalam 14 hari lepas diantara 22 Julai hingga 4 Ogos, kes kumulatif aktif Covid-19 di setiap daerah di Johor ialah 13,998 kes.

Pecahannya adalah 5,251 kes (Johor Bahru), 1,780 kes (Muar), 1,611 kes (Kluang), 645 kes (Segamat), 752 kes (Pontian), 618 kes (Kota Tinggi), 1,028 kes (Tangkak), 93 kes (Mersing), 1,099 kes (Kulai), dan 1121 kes (Batu Pahat).

“Secara ringkasnya kes positif baharu Covid-19 telah meningkat lebih kurang tiga kali ganda dari minggu ke-26 hingga minggu ke-30.

Advertisement

“Semua daerah telah jadi zon merah.

“Dalam 92 mukim di Johor, 50 mukim zon Merah (41 kes positif ke atas),17 mukim ialah zon Jingga (21 hingga 40 kes positif), 17 mukim zon Kuning (1 hingga 20 kes positif). Hanya 8 mukim ialah zon Hijau (tiada kes positif)

“Baru-baru ini, kadar kes harian positif Covid-19 di Malaysia telah melebihi 10 peratus.

Advertisement

“Menurut statistik yang saya peroleh pada 2 Ogos lalu, kadar kes harian positif Covid-19 di Johor ialah 15.6% di mana kadar ini telah melebihi kadar standard ditetapkan World Health Organization (WHO) iaitu kurang daripada 5 peratus.

“Ini menunjukkan masih terdapat banyak pesakit “silent carier” Covid-19 di komuniti setempat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top