BM | EN | 中文

Covid-19: Kerajaan Johor buka pusat sementara untuk gelandangan

Vidyananthan-Ramanadhan-Kahang.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 APR: Kerajaan Johor membuka satu pusat bagi menempatkan golongan gelandangan di negeri Johor.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Vidyananthan Ramanadhan, berhubung situasi semasa kes Covid-19 di negeri ini, hari ini.

“Atas sikap prihatin kerajaan negeri, satu pusat pengumpulan sementara bagi golongan gelandangan telah diaktifkan bagi memastikan golongan ini juga mendapat pembelaan yang sewajaranya.

Advertisement

“Pusat ini dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beroperasi di Kem Wawasan Bina Negara, Gunung Pulai,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu tambahnya, purata peratusan terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor pada 4 April 2020 telah meningkat kepada 97.19 peratus berbanding 96.69 peratus semalam.

“Peningkatan kadar peratusan PKP adalah suatu perkara yang baik dan perlu dikekalkan. Untuk itu, saya menyeru kepada orang ramai bagi PKP) bagi memastikan kita berjaya memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ini,” katanya.

Advertisement

Vidyananthan berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Johor telah melaksanakan operasi sanitasi awam Covid-19 di kesemua daerah di Johor dengan kerjasama SWCorp, PDRM, RELA, SWM, PBT dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

“Operasi yang telah dilaksanakan pada 4 April 2020 bermula jam 9.00 pagi sehingga lewat malam dan dilaksanakan di 41 pelbagai jenis premis dengan melibatkan seramai 228 petugas,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top