BM | EN | 中文

COVID-19: Kerajaan Johor akan bantu peniaga terjejas punca pendapatan

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OKT: Kerajaan Negeri Johor akan berusaha memastikan supaya pendapatan golongan peniaga tidak terus terjejas ekoran terdapat arahan untuk menutup sementara operasi mereka sebagai langkah berjaga-jaga mengekang penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad berkata langkah ini perlu diambil kerana keputusan untuk membenarkan peniaga ini beroperasi semula bergantung kepada tahap keseriusan pandemik berkenaan di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, untuk memastikan mereka berupaya menjana pendapatan, kerajaan negeri katanya boleh memindahkan peniaga yang terjejas seperti di Bazar Karat di sini ke lokasi yang bersesuaian contohnya di B5 Johor Johor Street Market.

Advertisement

“Sudah tentu saya akan lakukan sesuatu. Buat masa ini, kita akan cari mana-mana tempat dan pecahkan peniaga sama ada meletakkan mereka di B5 Johor Street Market dengan kadar sewa rendah…itu antara usaha yang diambil untuk pastikan mereka tidak terjejas pendapatan, ” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Geran Orang Lokal 2.0 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rintihan peniaga di Bazar Karat yang hilang punca pendapatan selepas tempat perniagaan mereka diarahkan tutup oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bermula semalam.

Penutupan itu yang melibatkan semua pasar malam, pasar pagi, pasar khas, Bazar Johor Bahru serta pasar tani (bukan Pasar Tani Kekal) di bawah pentadbiran MBJB adalah sebagai langkah membendung penularan kes COVID-19.

Advertisement

Menyentuh isu lain, Mohd Izhar berkata seramai 165 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini telah menerima geran bantuan berbentuk peralatan daripada kerajaan negeri untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan sedia ada.

Katanya, geran yang ditawarkan di bawah program Geran Orang Lokal 2.0 itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta dengan setiap pengusaha diberikan bantuan sehingga RM10,000.

“Kita menerima lebih 500 penyertaan namun hanya 165 yang berjaya dapat bantuan. Antara mereka yang menerima bantuan ini ialah pengusaha automotif, gunting rambut, salon, pencetakan dan pendidikan.

Advertisement

Pada masa akan datang, kita akan memperluaskan sektor (bidang) yang ditawarkan dengan geran ini dengan melihat kepada sambutan dan peruntukan yang sesuai,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berharap lebih banyak permohonan akan diterima pada tahun depan.

“Jika diluluskan, untuk tahun hadapan peruntukan bagi program ini adalah sebanyak RM3 juta dengan jangkaan penyertaan lebih 1,000 pengusaha. jadi pengusaha perlulah peka,” katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top