BM | EN | 中文

Covid-19: Kerajaan jangan membazir, perbelanjaan perlu didedah kepada umum

Asim-Abdullah.jpg
Advertisement

LEDANG, 6 JUN: Dalam keadaan berlakunya pandemik Covid yang melanda negara kerajaan diingatkan untuk tidak melakukan pembaziran.

Perkara itu dijelaskan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah yang menegaskan kepentingan perbelanjaan negara dibentangkan kepada umum.

Jelasnya, ini bagi membolehkan orang ramai menyemak ke mana perginya wang negara yang dibelanjakan semasa pandemik Covid-19.

Advertisement

“Kita kerap mendengar pengumuman yang dikeluarkan oleh mana-mana menteri hari ini berhubung dengan segala perbelanjaan menghadapi musibah Covid ini.

“Yang menjadi persoalannya adalah jumlah sebenar perbelanjaan yang telah dikeluarkan dan perkara ini perlu dibentangkan kepada umum.

“Contohnya pembiayaan pengurusan vaksin sebanyak RM70 juta yang menjadi pertikaian hari ini, atau program sanitasi tempat awam yang tidak mengikut piawaian WHO/.

Advertisement

“Pembentangan perlu dilakukan agar umum mengetahui ke mana duit tersebut dibelanjakan,” jelasnya.

Beliau berkata ketelusan penting kerana apabila darurat dikuatkuasakan, ruang bagi semak imbang telah ditutup.

“Sebelum ini perkara tersebut dilakukan di peringkat Parlimen dan apabila bidang kuasa tersebut ditutup maka pembentangan secara umum perlu dilakukan.

Advertisement

“Kita tidak mahu segala perbelanjaan itu tidak dilampirkan sehingga menjejaskan kewangan negara dan wujudnya penyelewengan.

“Pembaziran boleh dikurangkan sekiranya kerajaan benar-benar telus dan mendengar segala pendapat yang bernas dari pelbagai pihak yang pakar dalam bidang masing-masing,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top