BM | EN | 中文

Covid-19: Kemunculan varian baru, tak inklusif terima pandangan bukti kerajaan gagal

Dr-Sulaiman-Md-Noor.jpg

Dr Sulaiman Mohd Nor

Advertisement

SEGAMAT, 31 MEI: Sikap tunggu dan lihat kerajaan dalam menangani isu perolehan vaksin Covid-19 memakan diri kata Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor.

Katanya, pendekatan kerajaan untuk melihat dahulu kesan vaksin berbanding banyak negara lain seperti dilakukan negara seperti New Zealand, Australia dan Singapura menyebabkannya gagal mengawal sempadan dengan baik.

Hal ini katanya menyebabkan penularan virus itu dari luar, termasuk varian yang lebih ganas dan membunuh manusia dengan cepat.

Advertisement

Menurut rekod pada 27 Mei, hanya 5.4 perarus penduduk telah menerima dos vaksin pertama, manakala hanya 3 peratus menerima dua dos penuh.

“Kerajaan melalui PKP 1.0 yang bermula 18 Mac 2020, telah berjaya membendung penularan Covid 19, walaupun negara kehilangan sebanyak RM2.4 bilion sehari akibat penutupan sektor ekonomi.

“Ketika itu, rakyat yang baru merasai dikurung masih lagi mempunyai sikap sabar yang tinggi untuk tidak pulang berhari raya, satu tradisi yang menjadi amalan sejak dahulu lagi.

Advertisement

“Kerajaan gagal memahami psikologi rakyat Malaysia yang lama terkurung.

“Bukan mudah bagi mereka memecah tradisi tidak pulang ke kampung untuk berhari raya.

“Faktor ini juga sepatutnya diambil kira semasa kerajaan membuat penilaian bila masa perolehan vaksin akan dibuat.” ujar Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu.

Advertisement

Katanya, kerajaan perlu berdepan dengan isu kesihatan rakyat dan memastikan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal terus terjamin.

Tambahnya dalam banyak hal, kerajaan gagal bersikap inklusif untuk mengambil pandangan pihak lain sama ada NGO, persatuan mahupun wakil rakyat pembangkang.

“Apatah lagi dalam keadaan sidang Dewan Negeri dan Parlimen dibeku akibat pelaksanaan darurat. Telah tamat zaman kerajaan tahu semua (know all) kerana keadaan sekarang begitu kompleks dan tidak menentu,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top