BM | EN | 中文

Covid 19: Kematian kini 9 orang

coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes kematian terbaru, iaitu yang kesembilan akibat jangkitan Covid-19.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

“Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Advertisement

Katanya, kes kematian kesembilan ini adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM.

Namun kata Dr Noor Hisham kematian kseembilan ini bukan dari kalangan barisan hadapan mahupun kalangan rakan kerja yang berdepan pesakit Covid-19, tetapi mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki.

“Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

Advertisement

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum,” katanya lagi.

Pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.
Takziah dari Johorkini kepada keluarga.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top