BM | EN | 中文

Covid-19: Kematian kini 70 dengan 118 kes baharu

Dr-Noor-Hisham-Abdullah.png

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 70 kes.

Dalam pada itu sebanyak 118 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,346 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 222 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,830 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 69 orang dengan 40 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Keseluruhan kes positif 4,346 dengan 42.11 peratus sembuh bersamaan 1,830 pesakit, manakala 70 kematian bersamaan 1.61 peratus.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata jenazah beragama Islam yang meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah.

Advertisement

“Begitu juga bagi jenazah bukan Islam, apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat.

“Ini adalah bagi mengelakkan berlaku jangkitan kepada individu/kumpulan yang menguruskan mayat/jenazah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top