BM | EN | 中文

Covid-19: Kematian kini 67 dengan 109 kes baharu

Dr-Noor-Hisham.jpg

Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 67 kes.

Dalam pada itu sebanyak 109 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,228 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 121 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,608 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 72 orang dengan 43 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Keseluruhan kes positif 4,228 dengan 38.03 peratus sembuh bersamaan 1,608 pesakit, manakala 67 kematian bersamaan 1.58 peratus.

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,608 kes bersamaan dengan 38.03 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top