BM | EN | 中文

Covid-19: Kematian kini 65 dengan 156 kes baharu

coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 65 kes.

Dalam pada itu sebanyak 156 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,119.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 186 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,487 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 76 orang dengan 45 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Keseluruhan kes positif 4,119 dengan 36.10. peratus sembuh bersamaan 1,487 pesakit manakala 65 kematian atau bersamaan 1.58 peratus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top