BM | EN | 中文

Covid-19: Kematian kini 63, 170 kes baharu

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 63 kes bersamaan 1.6 peratus dari keseluruhan kes.

Dalam pada itu sebanyak 170 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,963.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 80 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,321 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 192 orang dengan 50 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Keseluruhan kes positif 3,963 dengan 33.33 peratus sembuh bersamaan 1321 pesakit, manakala 63 kematian bersamaan 1.59 peratus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top