BM | EN | 中文

Covid-19: Kematian di Selangor turun mendadak, catat tujuh kes

Mais-sumbang-RM50000-urus-jenazah-pesakit-Covid-19.jpeg

Gambar Ehsan Facebook Majlis Agama Islam Selangor

Advertisement

SHAH ALAM, 23 OGOS: Selangor mencatatkan penurunan mendadak kematian akibat Covid-19 hari ini iaitu tujuh kes berbanding 94 kes semalam.

Menurut kenyataan ketua pengarah kesihatan, negeri ini menduduki tangga kelapan angka kematian menyamai kes di Pahang.

SelangorKini memetik Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai berkata, sebanyak 174 kes kematian dicatatkan di seluruh negara membabitkan 53 kes di Johor diikuti Pulau Pinang (28), Sabah (25) dan Negeri Sembilan (11).

Advertisement

Manakala, masing-masing sembilan kes di Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan diikuti Melaka (enam) dan tiga kes di Sarawak serta Perlis.

Jangkitan baharu wabak seluruh Malaysia hari ini juga terus menurun kepada 17,672 berbanding 19,807 semalam.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top