BM | EN | 中文

Covid-19: Kemasukan warga Malaysia dari Singapura lalu saringan ketat

tambak-johor-air-terawat-dari-singapura.jpg

Gambar Fail

JOHOR BAHRU, 17 APR: Kerajaan Johor mengambil perhatian serius mengenai perkembangan jangkitan Covid-19 di Singapura apabila terdapat 728 kes jangkitan baru seperti yang dilaporkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata kerajaan negeri akan terus memastikan prosedur kemasukan warganegara Malaysia yang pulang dari Singapura akan terus dipantau melalui proses saringan yang ketat.

Katanya, perkara itu akan dilakukan dengan teliti oleh para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Johor.

“Pada hari semalam juga, negara jiran kita Singapura telah mencatatkan pertambahan 728 kes positif baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kumulatif positif di Singapura adalah 4,427 kes.

“Pertambahan ini merupakan jumlah kenaikan tertinggi yang telah dicatatkan sehingga kini. Kerajaan negeri Johor mengambil perhatian serius mengenai perkara ini.

“Untuk makluman, terdapat 97 stesen kuarantin telah diwartakan di negeri ini dan daripada jumlah itu, sehingga 16 April 2020, sebanyak 31 stesen kuarantin telah beroperasi,” katanya.

Kementerian kesihatan republik (MOH) itu menyatakan jumlah kes baharu dalam kalangan pemegang Permit Kerja yang menetap di asrama telah meningkat dengan ketara.

Kes itu melibatkan Pemegang Permit Kerja yang tinggal di asrama seramai 654 manakala 26 lagi yang mempunyai Permit Kerja menetap di luar asrama.

Menurut MOH bilangan kes baharu dalam kalangan pemegang Permit Kerja yang tinggal di luar asrama telah meningkat, purata sembilan kes sehari pada minggu sebelumnya, kepada purata 15 kes dalam seminggu yang lalu.

Menurut MOH daripada kes baharu itu, 81 peratus dikaitkan dengan kluster yang diketahui, manakala selebihnya masih lagi menunggu pengesanan kontak.

Dua warganegara Malaysia adalah antara kes baharu hari ini, seorang dikaitkan dengan kluster asrama di Jalan Kubor manakala seorang lagi dikaitkan dengan Kes 3,306, seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 21 tahun.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top