BM | EN | 中文

Covid-19: Kediaman pekerja asing di Johor turut dipantau

pekerja-asing.jpg

Gambar Ehsan Sarawak Voice

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 APR: Kerajaan negeri akan menjalankan pemerhatian dan pemantauan terhadap majikan dan syarikat penyedia penginapan berpusat (CLQ) yang terlibat secara langsung dalam mengurus tempat kediaman bagi pekerja asing di Johor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan ia sebagai langkah pihak jabatan agar memastikan tiada penularan virus Covid-19 kepada pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.

Sebanyak 26 CLQ yang diperakui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di Johor telah diberi edaran berkenaan Garis Panduan / Prosedur Standard Operasi (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Bagi majikan yang menyediakan penginapan sendiri turut diberi khidmat nasihat daripada pihak jabatan agar sentiasa mementingkan aspek kebersihan di kawasan penginapan pekerja dan sentiasa menjaga jarak sosial di antara pekerja,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para petugas kesihatan dan keselamatan yang sentiasa bersedia dan bertindak segera dalam menjalankan tugas tanpa mengira masa dan penat lelah dalam menangani penularan jangkitan Covid-19 ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top