BM | EN | 中文

Covid-19: Kapasiti pusat kuarantin dan rawatan di Pasir Gudang lebih 90 peratus

PKRC-Pasir-Gudang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini, sudah mencapai kapasiti 91 peratus susulan peningkatan kes di negeri ini.

Bilik Gerakan PKRC Stadium Tertutup MBPG dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan peratusan itu membabitkan 952 pesakit kategori satu dan dua iaitu mereka yang tidak bergejala dan tidak berisiko tinggi.

“Sebuah lagi PKRC bakal beroperasi bagi menampung pesakit COVID-19 yang kian meningkat di Johor. Perkara itu akan dimaklumkan kerajaan negeri kelak.

Advertisement

“Pesakit yang diarahkan menjalani kuarantin di PKRC haruslah mengikut masa yang ditetapkan pihak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) untuk urusan pendaftaran di PKRC.

“Pesakit mesti mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PKRC di talian 07-2567279 atau 07-256 0149 untuk keterangan lanjut.

Advertisement

Untuk rekod, Stadium Tertutup MBPG merupakan PKRC pertama di Johor yang beroperasi sejak 10 Feb lepas.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top