BM | EN | 中文

Covid-19: Jumlah kematian kini 50 dengan 208 kes baharu

KKM.jpg

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 50 kes.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 208 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,116 orang.

Dukacita dimaklumkan kes kematian pada hari ini adalah sebanyak lima orang. Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini 50 orang atau bersamaan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media di KKM sebentar tadi.

Advertisement

Dalam pada itu terdapat 122 kes telah pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah seramai 767 kes, bersamaan dengan 24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini seramai 105 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 54 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top