BM | EN | 中文

Covid-19: Jumlah kematian kini 43 dengan 140 kes baharu

Ketua-Pengarah-Kesihatan-KKM-Dr-Noor-Hisham-Abdullah.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 43 kes.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 140 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,766.

“Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini 43 orang atau 1.55 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya pada sidang media di KKM sbentar tadi.

Advertisement

Dalam pada itu terdapat 58 kes telah pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah seramai 537 kes.

Sehingga kini seramai 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 60 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top