BM | EN | 中文

Covid-19: Johor sasar semua daerah bertukar ke zon hijau

vidyanathan.jpg

Gambar Ehsan R. Vidyananthan

JOHOR BAHRU, 23 MEI: Rakyat Johor diminta untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sepanjang perayaan Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan SOP bagi sambutan Aidilfitri dan orang ramai dimimta peka dan mematuhinya.

Katanya, sekiranya semua pihak komited mengamalkan SOP yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negeri Johor mampu mengekalkan statistik kes Covid-19 sekaligus mencapai sasaran zon hijau bagi semua 10 daerah.

Beliau turut berharap orang ramai mengambil berat tentang SOP yang telah digariskankan sebagai panduan berhari raya.

“Orang ramai hanya boleh menyambut perayaan hari raya Aidilfitiri pada hari pertama sahaja dengan jumlah kapasiti setiap rumah dihadkan kepada 20 orang.

“Selain itu, orang ramai juga disarankan untuk memakai topeng muka (face mask) selain amalan mencuci tangan dan menggunakan cecair sanitasi tangan.

“Orang ramai juga dikehendaki menjaga tata kelakukan dengan tidak bersalaman dan bersentuhan, tidak berkongsi makanan dan minuman,” kata Vidyananthan yang juga Adun Kahang.

Dalam pada itu katanya, jika tiada keperluan orang ramai disarankan untuk memendekkan tempoh pertemuan.

“Sanitasi secara berkala perlulah dilakukan terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang banyak terdedah kepada sentuhan.

“Bagi penyediaan sajian makanan pula, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menutup makanan dan menjaga kebersihan,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top