BM | EN | 中文

Covid-19: Johor rekod kebolehjangkitan kedua tertinggi

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik dikongsikan di akaun Twitter beliau berkata Johor semalam merekodkan kes harian nilai kebolehjangkitan (Rt) kedua tertinggi iaitu pada 1.15.

Turut dinyatakan ialah Selangor (1.14) dan Kuala Lumpur (1.08).

Negeri yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sabah (0.91) dan Kelantan (0.89).

Advertisement

Terdahulu, Berita Harian melaporkan, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.05, dengan masing-masing Melaka dan Pulau Pinang mencatat Rt tertinggi pada 1.18.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Advertisement

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top